Friday 17 January 2014

GEMPA BUMI MENYAMBUT BANGKAI ARIEL SHARON DI HARI PENGEBUMIANNYA


”SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” -ARIEL SHARON

TEL AVIV- Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter

Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.
Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Siapa Ariel Sharon?


  • Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.
  • Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.
  • Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin.
  • Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya.
  • Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya.
  • Bayangkan Sharon mengambil seorang bayi daripada ibunya dan dilempar bayi itu ke dinding.
  • Bayangkan seorang gadis berusia 10 tahun yang dirogol dengan kejam dan akhirnya matanya telah diambil.
  • Bayangkan sekumpulan keluarga, disuruh beratur depan rumah, dan ditembak.
  • Bayangkan wanita hamil, dirogol, dengan kaki terbuka luas, dan akhirnya perut wanita dihiris, meninggalkan perempuan ini ke dalam kematian berdarah bersama kandungannya.
  • Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.

PEMBALASAN ALLAH ITU MAHA DASYAT.
BUMI SEOLAH-OLAH TIDAK SABAR MAHU MEMBALAS APA YANG TELAH DIA LAKUKAN TERHADAP UMAT ISLAM.

AYUH MUHASABAH DIRI

2 comments: