Tuesday 7 January 2014

HORMATI TITAH SULTAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH,PPUM TETAP PERTAHAN KALIMAH ALLAH - NKPUM @azwanbro @drnovandri



“Kalau mahkamah dah putuskan tidak boleh digunakan kalimah itu dalam mana-mana penerbitan jadi ini perlu dihormati”

Demikian tegas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun ketika mengulas tindakan pembangkang yang mempertikaikan keputusan mahkamah berkaitan isu kalimah Allah.

Menurut beliau, PEMUDA tetap mempertahankan keputusan mahkamah dan juga titah Sultan Selangor bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam mana-mana penerbitan bukan Islam.

“Kalau ada mana-mana pihak yang melanggar keputusan mahkamah dan melanggar undang-undang yang telah diputuskan ini bermakna mereka tidak menghormati keputusan mahkamah dan undang-undang negara.

“Kita minta isu ini jangan diputarkan belit lagi, kalau mahkamah dah putuskan tidak boleh maka kita perlu hormati keputusan itu.

“Jadi sesiapaa sahaja yang melanggar undang-undang ini boleh diambil tindakan, ini jelas, ini premis asas kenegaraan iaitu menghormati undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penghargaan dan Mengenang Jasa Anjuran Pemuda UMNO Negeri di Bangunan UMNO Negeri, Ipoh malam tadi.

Terdahulu, Azwan diminta mengulas mengenai isu desakan pengarang The Herald, paderi Lawrence Andrew berhubung penggunaan kalimah Allah.

Bantahan terhadap paderi itu berhubung penggunaan kalimah Allah berterusan apabila semalam 60 individu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berhimpun di Klang bagi mengutuk paderi itu

No comments:

Post a Comment