Di bawah nakhdoda baru Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar,Saudara Mua'amar Ghadafi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia menganggap ini adalah suatu penghargaan dan pengiktirafan kepada anak muda kelahiran Parit Buntar khususnya yang berjaya tak kira dibidang jua apa pun.Beliau juga menggalakkan pemuda-pemuda,belia-belia bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi.
Mohd Hatta Mahmud dirai didalam 'MAJLIS MESRA PEMUDA' bersama Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang baru iaitu Saudara Hairul Anwar Mohamed Noor.
Dalam majlis tersebut juga, KPUM Perak yang baru itu juga memberikan sumbangan kepada pemuda berupa bantuan memperbaiki rumah dan memudahkan pinjaman mikro kredit untuk memajukan lagi ekonomi pemuda yang ingin menceburi dalam bidang perniagaan untuk memajukan ekonomi.
Turut sama hadir dalam majlis Penasihat UMNO Bahagian Parit Buntar, Encik Mohd Salleh Mat Disa,Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar Encik Abu Bakar Mat Ali dan ketua-ketua sayap yang lain.
No comments:
Post a Comment