Saturday 11 January 2014

10 NGO ANTARA YANG MENYOKONG MUFTI PERAK @azwanbro @MuaamarGhadafi @hairul_own @cikgusalleh @zambryabdkadir #KalimahALLAH


Lebih 250 ahli yang mewakili 10 Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Perak berhimpun secara aman sebagai tanda sokongan padu terhadap kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berhubung isu ‘bughah’ atau penderhaka pada Isnin lalu.

Perhimpunan aman itu berlangsung di dataran stesen keretapi Ipoh sekitar jam 2.30 petang Jumaat dan bersurai 30 minit kemudiannya.

Antara NGO yang menyertai perhimpunan termasuklah Suara Anak Muda Perak, Suara Anak Muda 1Malaysia, Majlis Belia Negeri Perak dan Kelab Belia Kinta.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa NGO negeri Perak, Mohd Sallehkhan Mohd Jaafar, tindakan perhimpunan aman itu diadakan sebagai tanda sokongan padu pihaknya terhadap Harussani.

“Kami akan berdiri teguh dan bersama-sama dengan beliau,” jelasnya.

Beliau berkata, perhimpunan aman itu juga bakal digerakkan ke seluruh daerah di Perak sebagai sokongan yang tidak berbelah bagi kepada mufti tersebut.

“Beliau merupakan mufti yang sudah lama berkhidmat iaitu lebih 25 tahun dan telah banyak memberi teguran dan panduan kepada kita,” katanya.

Jelasnya, isu mufti digunakan sekadar untuk mengalihkan perhatian orang ramai mengenai pembangkang di Selangor dan tindakan itu tidak boleh diterima oleh umat Islam di Perak.


Sementara itu di Parit Buntar juga dianjurkan perhimpunan dihadapan Masjid Daerah Kerian Parit Buntar menyatakan penolakan penggunaan Kalimah ALLAH oleh selain umat Islam dan juga menyokong kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani berhubung perhimpunan malam tahun baru yang lepas.




Perhimpunan secara aman itu melibatkan beberapa NGO lain selain UMNO Bahagian Parit Buntar seperti Gabungan Belia 4B Daerah Kerian,Pekida Daerah Kerian dan Majlis Belia Daerah Kerian.



Selepas berhimpun secara aman,mereka berjalan kaki dari hadapan Masjid ke Balai Polis Parit Buntar untuk membuat laporan berkenaan Kalimah Allah yang masih digunakan oleh gereja dan Father Lawrance di Selangor walaupun mahkamah telah putuskan bahawa Kalimah ALLAH hanyalah untuk penggunaan umat Islam.

Hujan yang membasahi bumi petang semalam tidak menghalang mereka untuk tetap bersemangat bagi menunjukkan bahawasanya ISLAM itu kuat.Sekalung tahniah.


No comments:

Post a Comment