Monday 8 April 2019

Selepas 3 Bulan Positif Dadah, Anak Menteri Akan Didakwa - Muhyiddin Yassin



Anak menteri yang ditahan dan didapati positif dadah akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.
Jelas Muhyiddin, polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes itu kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).


“Arahan telah diterima untuk menuduh suspek di mahkamah. Tindakan untuk menuduh akan diambil dalam tempoh yang terdekat ini,” kata Muhyiddin dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 14 April bagi soalan yang dikemukakan Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong).
Dalam jawapan bertulis itu, Muhyiddin bagaimanapun tidak menyebutkan nama menteri yang dimaksudkan.
Shamsul meminta penjelasan prosedur operasi standard (SOP) siasatan terhadap individu yang disyaki positif dadah dan berapa
lama masa diambil untuk mendapatkan pengesahan ujian patologi.
Muhyiddin dalam jawapannya menjelaskan bahawa polis mempunyai SOP Arahan Pentadbiran yang khusus dalam pengendalian
pengambilan sampel air kencing terhadap individu yang disyaki positif dadah.
Arahan berkenaan termasuklah yang terkandung dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN), Bahagian F103 (Tatacara Pengambilan Air Kencing dan Penguatkuasaannya di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Akta 284).
“Bagi kes anak menteri yang disiasat di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, laporan patologi telah diterima oleh PDRM,” katanya.


Thursday 4 April 2019

Najib akhirnya didengar di Mahkamah Tinggi


PUTRAJAYA: Rayuan Datuk Seri Najib Razak terhadap tindakan pendakwaan menarik balik sijil pindah kes bagi tujuh tuduhan membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd dihadapinya, umpama membuat kecoh dalam perkara remeh-temeh.