SEORANG juruteknik dijatuhi hukuman penjara selama lima minggu kerana didapati bersalah mengambil video dari bawah skirt seorang wanita di dalam sebuah stesen MRT di Singapura.
Lelaki itu dijatuhkan hukuman berkenaan pada Isnin lepas.
Tertuduh, Victor Soliman Gotengo Jr. berusia 33 tahun dari Filipina mengaku bersalah atas tuduhan menceroboh ruang peribadi seorang wanita berusia 22 tahun di stesen MRT Yishun pada 22 Ogos tahun lepas.
Mahkamah diberitahu, Gotengco Jr. ketika kejadian sedang menggunakan eskalator di stesen MRT berkenaan sebelum dia mengeluarkan iPhonenya, mengaktifkan kamera rakaman video dan berjalan ke arah seorang wanita yang berdekatan di hadapannya.
Mangsa pula ketika itu yang memakai skirt sedang dalam perjalanan untuk bertemu teman lelakinya yang berada di platform.
Tertuduh meletakkan iPhonenya di bawah skirt mangsa dan mula merakam video.
Teman lelaki mangsa, yang memerhatikan mangsa ketika masuk ke stesen MRT itu melihat perbuatan jijik Gotengo Jr. dan kemudian dia bertindak menegur tertuduh.
Gotengo Jr. ketika itu panik dan menyimpan iPhonenya serta cuba melarikan diri dengan menaiki satu tren di platform tetapi tertuduh berjaya ditahan.
Teman lelaki wanita itu meminta bantuan dari kakitangan MRT untuk menghubungi polis.
No comments:
Post a Comment