Saturday 25 January 2014

HARUN TAIB KETUA DEWAN ULAMAK PAS MENINGGAL DUNIA.AL-FATIHAH


Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham.
Beliau meninggalkan seorang balu bernama Fatimah Ibrahim dan 5 orang anak.



Beliau belajar di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin. Kemudian peringkat sarjana siasah syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.Sebelum meninggal beliau masih lagi menyiapkan tesis Ph.D dalam bidang politik antarabangsa.

Allahyarham pernah pada 15 September 2005, sebagai Ketua Dewan Ulama Pas membantah tindakan kerajaan negeri Kelantan menjemput Mawi menyanyi dalam konsert Islam pada 1 Oktober 2005 di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sempena pengisytiharan "Kota Bharu Bandar Raya Islam". 
Ini kerana beliau menganggap Mawi bukan seorang penyanyi hiburan Islam sebenar, sebaliknya hasil produk sebuah rancangan realiti televisyen Akedemi Fantasia 3, yang jelas menyimpang daripada ajaran Islam. Artis lain yang dijemput ialah M.Nasir, Akhil Hayy, Rabbani dan Halim Yazid. Pendirian Harun itu dianggap tepat dengan hukum-hukum yang diijtihad oleh kebanyakan ulama zaman silam berdasarkan nas-nas daripada Al-Quran dan Hadis.Masalah muzik dan lagu merupakan masalah khlafiah yang ulama berbeza pandangan sejak turun-temurun. Datuk Harun bagaimanapun akur bahawa Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan dan Mursyidil Am PAS lebih berhak untuk membuat keputusan.


SEMOGA ALLAHYARHAM DITEMPATKAN DI AL-JANNAH.
HILANG LAGI SEBUTIR PERMATA.
RAKYAT BAKAL MENANGISIMU.


Dari Abdullah ibn ‘Amru ibn Al-‘As ra katanya : Saya dengar Rasulullah saw bersabda : Bahawasanya Allah tidak menarik ilmu dengan mencabutnya dari manusia tetapi Allah menarik ilmu dengan mematikan ulama hingga apabila tidak ada lagi orang alim, manusia akan mengambil orang-orang jahil sebagai ketua, maka mereka ditanya, merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, maka sesatlah mereka dan menyesatkan pula


No comments:

Post a Comment