Sunday, 5 January 2014
RELEVENKAH PEMBUKAAN HARD ROCK CAFE DI PUTRAJAYA?? @MuaamarGhadafi @NajibRazak @TengkuAdnanReal
Tindakan mahu menubuhkan Hard Rock Cafe cawangan ke-5 di negara ini di PUTRAJAYA adalah satu keputusan yang langsung tidak masuk akal.
Hard Rock Cafe yang terkenal dengan restoran berkonsepkan PUB dan LIVE BAND itu diketahui umum dengan penjualan arak.
Dengan pembukaannya di Putrajaya itu bakal mencemarkan dan mengotorkan bandar Putrajaya yang terkenal dengan 'Bandar Islam' nya.
Dari segi logik apakah yang membawa sehingga mahu menubuhkan Hard Rock Cafe di Putrajaya yang majoriti 95% penduduknya adalah umat Islam?
Putrajaya bukanlah tempat pelancongan seperti Batu Ferengghi, Kota Kinabalu atau Bukit Bintang,jadi dimana relevannya membenarkan Hard Rock Cafe membuka cawangannya disitu?
Menteri - menteri haruslah mencadang agar kerajaan menimbang atau lebih baik ditukar dengan projek yang lebih memberi pendapatan juga manfaat kepada negara dan rakyat.
Malah Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan pusat yang tidak perlukan pelancong asing.Kerajaan harus memandang serius tentang rancangan yang memungkinkan lebih memburukkan imej kerajaan yang sudah banyak tercalar ini.
Sementara itu,Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar menyuarakan untuk tidak bersetuju dengan pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya.Menurut ketuanya yang baru, saudara Mua'amar Ghadafi menganggap pihak berwajib tidak sepatutnya membenarkan pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya. Ini dilhat tidak mendapat apa-apa faedah kepada kerajaan,malah mencemarkan lagi bandar yang terkenal dengan identiti ISLAMIK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment