Sunday, 26 January 2014

NYANYIAN SAYA HANYA UNTUK GOLONGAN WANITA - MIZZ NINA

PETALING JAYA – Penyanyi popular, Shazrina Tan Sri Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina berhasrat untuk berhenti menyanyi dan memberi fokus kepada ibadah serta perniagaannya.

Mizz Nina, 34, berkata, buat permulaan dia akan mengurangkan aktiviti nyanyian dan hanya menerima jemputan persembahan melibatkan penonton wanita.

“Ini adalah perkara baharu yang saya fahami semasa menuntut ilmu daripada beberapa orang guru agama.

“Saya tidak akan membuat persembahan di hadapan penonton yang bercampur lelaki dan wanita,” katanya ketika ditemui pada bengkel World Hijab Day bersama Madeena di sebuah pusat beli-belah di sini semalam.

No comments:

Post a Comment