Thursday 9 January 2014

MODEL MAJALAH PLAYBOY KINI BERHIJAB


Mungkin ramai lagi yang belum kenal dengan gadis bernama Felexia Yeap Chin Yee sebelum ini.Tetapi baru-beru ini namanya melonjak naik dengan begitu cepat sekali.



Gadis berbangsa cina yang lahir di Ipoh ini terkenal dikalangan model-model apabila beliau menjadi model majalah PLAYBOY yang diketahui umum majalah yang sinonim dengan simbol seks.




Tetapi bukan itulah yang nak disampai atau diceritakan.
Felexia Yeap baru-baru ini menggemparkan tanah air Malaysia dan mungkin dunia apabila tampil dengan berhijab.

(KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH FOTO)

Saban hari namanya menjadi sebutan terutama dikalangan muslim yang masing-masing memberikan pandangan dan pendapat.

Ada yang mengatakan beliau seolah-olah mempersendakan ISLAM dan ada ramai juga memberi respon yang baik dan menggalakkannya untuk meneruskan penampilan sedemikian rupa dan juga yang mendoakannya agar mendapat hidayah ALLAH untuk terus memeluk ISLAM.

Semalam,menerusi laman sosial miliknya Felixia menimbulkan 1001 tanda tanya kepada peminat dan yang mengikuti perkembangannya apabila membuat kenyataan 'Syukur Alhamdulillah dengan semuanya....syukur...syukur...'



Beliau juga memuat naik sebelum ini 'buku' yang dibacanya


Antara 'status' akaun facebooknya yang menjurus kearah memeluk ISLAM.


Menimbulkan persoalan.Apakah beliau telah memeluk ISLAM?
Ramai dikalangan yang mengikutinya terutama yang beragama ISLAM tak sabar menanti saudara baru itu.


Andai kata ya,ALHAMDULILLAH..berkembanglah lagi syiar ISLAM yang dibawa Rasulullah SAW.

Hanya Felexia dan ALLAH sahaja yang tahu.
Apapun kita doakan yang terbaik untuk Felexia.

No comments:

Post a Comment