Thursday 23 January 2014

TIAN CHUA DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA



Naib Presiden PKR Tian Chua hari ini dijatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM1,000.

Beliau didapati bersalah terhadap pertuduhan melanggar arahan mengikut Perintah Kawasan Larangan, dua tahun lalu.
Beliau yang ditahan semasa perhimpunan BERSIH 4 pada 28 April 2012 didakwa kerana enggan meninggalkan kawasan tahanan.
Hakim Mahkamah Sesyen Mahmud Abdullah membenarkan penggantungan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.
Timbalan pendakwa raya (DPP) membantah dan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan.
Menurut undang-undang, anggota Parlimen yang ditahan setahun atau lebih dan didenda RM2,000 atau lebih akan hilang kelayakan dan pilihan raya kecil perlu diadakan. berita penuh


No comments:

Post a Comment