Header Ads

Breaking News

#PRKKajang : NGO DAN RAKYAT TEMPATAN BUAT LAPORAN POLIS ATAS TINDAKAN BIADAP LEE CHIN CHEH



KUALA LUMPUR: Dua laporan polis dibuat oleh enam badan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan, Khamis, bagi membantah peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh pada Isnin lepas dan menolak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan itu.

Enam NGO berkenaan ialah Badan Amal Tarbiah Sejagat (BATAS), Permuafakatan Wangsa Malaysia (PEWANGSA), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Majlis Belia Selangor, Cahaya Haluan Amanah Insan (CHAI) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) manakala Syed Mohamad Noor Syed Abu Bakar mendakwa mewakili penduduk Kajang.

Kedua-dua laporan itu, yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada kira-kira 2 petang Khamis, mendakwa peletakan jawatan Lee mempunyai unsur rasuah kerana memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi DUN Kajang itu.

Kira-kira 50 wakil NGO dan penduduk tempatan berkumpul di hadapan IPD Kajang sambil memegang kain rentang dan sepanduk yang menolak Anwar untuk menjadi calon PKR bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

Wakil NGO Zakaria Mohd Ali berkata laporan itu dibuat kerana Batas dan NGO lain tidak mahu ADUN PKR sewenang-wenangnya meletakkan jawatan kerana ia merugikan rakyat.

Pada 28 Jan lepas, Anwar dinamakan sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil DUN Kajang.

Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam persaingan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas. -awani

1 comment:

  1. JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D DI JAMIN 100% JEBOL 7X PUTARAN BERTURUT TURUT BILA BERMINAT HUB KI JAYA DI NMR (_085-342-064-735) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB THA,SK ROO,MX SOBAT ATAU [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI<<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]

    ReplyDelete