Saturday 4 January 2014

BERITA BAIK - RM 2 BILLION DIPERUNTUKAN UNTUK PELAJAR MARA



KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan RM2 bilion kepada 25,000 pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah didalam dan luar negara tahun ini.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata, peruntukan itu meningkat sebanyak 10 sehingga 15 peratus memandangkan kos pembiayaan dan kos yuran pengajian yang semakin meningkat.

Jelas Annuar lagi ia merupakan peruntukan khas kerajaan persekutuan dan tidak termasuk dalam bajet pendidikan RM1 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2014.

Dalam pada itu, Annuar berkata MARA juga telah menghapus kira sebanyak RM1 bilion daripada dana pinjaman pendidikan kepada pelajar tajaannya.

Pendekatan itu diberi kepada pelajar cemerlang, pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah serta pelajar yang tidak mempunyai pekerjaan setelah menamatkan pengajian dan mereka telah membuat rayuan dengan memberi alasan-alasan tertentu kepada MARA.

Beliau berkata pengurangan itu melibatkan kira-kira 80 peratus daripada dana yang telah dikeluarkan kepada pelajar tajaannya.

Annuar berkata pengurangan yang dilaksanakan sejak dua minggu lepas itu merupakan salah satu kaedah meringankan beban ibu bapa dan para pelajar, terutamanya graduan baru


No comments:

Post a Comment