Manakan tidak,PIKET KONSISTEN sejak November tahun lepas ini pastinya mengundang 1001 persoalan.Apakah sebegini lama piket ini masih belum punya titik noktah mendapat jalan penyelesaian.
Agak berat bunyinya.'HONG LEONG BANK HINA ISLAM' 'HONG LEONG BANK TINDAS PEKERJA' antara laungan dan beberapa lagi yang dilontarkan melalui piket yang disokong penuh oleh NUBEMalaysia ini.
Akhirnya,seorang rakan blogger REZQEEN yang mengambil inisiatif sendiri turun mendengar permasalahan dihadapan Wisma Hong Leong semalam.
Agak terperanjat bilamana mendapat perkhabaran yang sedemikian rupa.Pekerja-pekerja disitu memaklumkan mereka dilayan sangat biadap apabila hak mereka untuk beribadah(solat) dinafikan pihak pengurusan Hong Leong Bank.Pengurusan juga bertindak lebih kurang ajar apabila menutup ruangan solat yang digunakan staf islam sebelum ini.BiaDAP kan?
Bukan itu saja, malah staf-staf beragama ISLAM dizalimi Hong Leong Bank mengarahkan jika mahu bersolat bukanlah didalam bangunan(Wisma Hong Leong) itu,tetapi keluar bersolat di surau-surau yang berdekatan.
Sudahlah disuruh solat diluar,diberinya pula tempoh masa yang sangat singkat dan bila soal masa disoalkan staf ISLAM,diherdiknya pula dan pelbagai alasan kononnya staf ISLAM mencuri waktu bekerja dan pengurusan merasa rugi menggajikan pekerja ISLAM.
Sudahlah disuruh solat diluar,diberinya pula tempoh masa yang sangat singkat dan bila soal masa disoalkan staf ISLAM,diherdiknya pula dan pelbagai alasan kononnya staf ISLAM mencuri waktu bekerja dan pengurusan merasa rugi menggajikan pekerja ISLAM.
Mengenangkan dengan apa yang terjadi kepada pekerja ISLAM yang majikannya bukan bumipetera ini,saya juga terfikir akan nasib-nasib ramai lagi umat ISLAM di Malaysia yang kemungkinan besar mengalami masalah yang sama.
Apakah kita masih boleh duduk bersenang lenang dikala ramai yang tertindas?
Dimana silapnya hingga ini berlarutan dan tiada siapakah yang mengambil berat mengambil tahu tentang permasalahan ini.Atau pihak berwajib termasuk kerajaan menganggap ini hanyalah kes terpencil?
Mungkin hari ini ianya terjadi kepada orang lain,tidak mustahil akan terkena batang hidung sendiri andai kita masih diam membisu.
No comments:
Post a Comment