Friday 10 January 2014

(FOTO)PELANCARAN PERODUA ALZA 2014 DENGAN HARGA MAMPU MILIK DAN LEBIH BERGAYA



Mengikut Perodua, Perodua Alza model yang dinaik taraf ini tidak melibatkan perubahan daripada segi mekanikal. Jadi ia masih mengekalkan ‘jantung’ yang sama iaitu 1.5 liter DVVT DOHC 16-injap. Dengan kuasa maksimum 104 PS dan puncak tork 136 Nm, enjin ini turut digandingkan dua transmisi pilihan, sama ada manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan.

Memandangkan tiada perubahan mekanikal, maka sudah pasti Perodua perlu menitik beratkan suntikan rekaan dalaman dan luaran yang lebih segar. Sekali pandang, pada bahagian hadapan Alza ini kelihatan seperti Perodua




Myvi model terkini. Dengan bampar dan gril yang sedikit tebal dan lampu utama projektor membujur tanpa suar (blinker).

Pada bahagian belakang pula, terdapat lingkaran berwarna hitam yang mengelilingi cermin belakang. Dan logo Perodua dan emblem bagi Alza terletak pada bahagian bawah lingkaran tersebut.



Buat pertama kali, Perodua turut menawarkan varian SE bagi Alza dengan tambahan kit badan yang lebih sporty.

Manakala bagi rekaan dalamanya juga diberikan sedikit sentuhan baharu. Antaranya rekaan meter kluster yang lebih stylish, tempat rehat lengan di bahagian konsol tengah antara tempat duduk pemandu dan penumpang di sebelah yang turut berfungsi sebagai kotak storan, kekemasan ruang kabin dengan dua tona warna hitam dan kelabu menawan


Selain daripada itu, elemen tambahan yang menarik juga ada ialah penyambung bagi ISOFIX, dan kemudahan kerusi penumpang di barisan ketiga yang boleh dilipat bagi memberikan ruang yang lebih luas terutamanya jika ingin memuatkan barangan di bahagian kargo.

Untuk varian Advanced, Perodua turut menampilkan sistem multimedia baharu termasuk monitor pada bumbung bahagian dalaman dan sistem navigasi yang dilengkapi dengan fungsi kamera undur.

Menekankan aspek keselamatan, Alza baharu ini yang menerima pengiktirafan empat bintang daripada ASEAN NCAP turut dilengkapi dengan beg udara berkembar, ABS, EBD, dan Bantuan Brek (BA). Manakala sistem brek yang dipilih ialah Vertilated Discs untuk bahagian hadapan dan brek dram di belakang.



Perodua Alza 2014 ini didatangkan dengan lima warna pilihan iaitu Ivory White, Ebony Black, Glittering Silver, Mystical Purple dan Passion Red.


Dengan harga yang ditawarkan bermula dari RM52,400 untuk Standard (MT), dan RM55,400 bagi Standard (AT). Manakala untuk varian SE pula ialah RM56,400 (MT) dan RM59,400 (AT). Bagi varian Advanced pula ialah RM64,000.

Menurut Perodua, harga yang ditawarkan ini telah diturunkan antara 2.1% hingga 7.4% berbanding dengan model terdahulu. Pembelian Alza ini turut didatangkan dengan tiga tahun jaminan termasuk servis secara percuma.

Infokereta.com akan membawakan perkembangan terkini dari masa ke semasa sempena pelancaran Alza ini yang dijangka berlangsung pada jam 7.45 malam ini.

No comments:

Post a Comment