Sunday 21 September 2014

TAHALUF SIYASI ATAU TAHALUF DAH BASI???




Sekian lama bergabung berada di dalam Pakatan Rakyat baru kali ini PAS nampak 'KERAS'.Muktamar PAS kali ini dilihat medan melepaskan geram.

Muktamar yang berlangsung panas mula diberi perhatian apabila dalam ucapan Mat Sabu,ramai yang boikot dengan keluar dari dewan.Tercetus pula perbalahan sesama pemuda PAS sehingga Pengerusi Tetap Pemuda Pas berlinangan air mata mengenangkan retak dan perpecahan yang berlaku.


Pelbagai andaian dibuat,namun dalam pergulungan Dato Dr Haron Din mengingatkan keingkaran ahli mematuhi keputusan Majlis Syura Ulama PAS adalah salah satu punca utama perbalahan didalam parti.
Majlis Syura Ulama PAS yang berpegang teguh kepada Al-Quran,As-Sunnah,Qiyas dan Ijmak Ulama itu andai diikut semestinya PAS menjadi parti politik yang lebih hebat dari parti lain kata beliau.

Dato Dr Haron Din juga menyatakan tahaluf siyasi PAS bersama Pakatan Rakyat mungkin akan terbatal dan mereka juga akan memikirkan untuk masa akan datang.

Jelasnya lagi syarat didalam tahaluf siyasi itu andai dilanggar maka perpecahan bakal terjadi.

Bayangan PAS bakal berundur dari pakatan rakyat semakin kuat dan mungkin mereka akan terus berjuang atas parti sendiri seperti sebelum ini.Didalam pemerhatian,sepanjang mereka bersama PAS tidak mendapat untung, malah hanya menanggung beban PKR yang sering menimbulkan masalah.

Apakah 'tunjuk perasaan' PAS hanya sekadar didalam muktamar untuk mendapat kredit 'political mileage' ?

Ada baiknya PAS keluar PAKATAN
Bersihkan Anwarinas dalam PAS.

No comments:

Post a Comment