Saturday 13 September 2014

PAKAI PAKAIAN PEREMPUAN , NAMA LELAKI TAPI BUAT HAJI...CEMANA TU??? @azeezputera @tabung_haji #haji #haji1435



Tengku Aziz Raja Abdullah selaku Pengarah Operasi Bimbingan Musim Haji 1435H mengulas berkenaan kes-kes terpencil itu yang terjadi apabila jemaah terbabit berada di tanah suci diselesaikan oleh pakar-pakar rujuk bahagian tersebut.

Kes-kes pelik termasuk khunsa dalam kalangan jemaah haji antara pengalaman yang diharungi bahagian operasi bimbingan Tabung Haji sehingga membawa penyelesaian segera berkaitan soal hukum.

"Jika ada berkaitan hukum besar, kita ada mesyuarat bagaimana nak selesaikan hukum tersebut.


"Kita harapkan maklum balas yang baik dan berdoa akhirnya jemaah semua memperoleh haji mabrur,"


"Contohnya masalah khunsa yang timbul, pakai pakaian perempuan tetapi nama lelaki. Kadangkala kita tidak boleh selesaikan masalah ini, ini jarang berlaku,"
Tengku Aziz juga berpuas hati dengan kefahaman mengenai ibadah haji dalam kalangan jemaah Malaysia di tanah suci ketika ini.

Meskipun cuma dua atau tiga penerbangan tertentu yang membawa kumpulan jemaah haji tidak menghadiri kursus intensif dan kursus perdana di tanah air, namun pihaknya mengambil langkah segera dengan memberi penerangan mengenai semakan ibadah itu kepada mereka.

No comments:

Post a Comment