Wednesday 24 September 2014

SUNAT MEMINTA MATI DI TANAH SUCI (MADINAH) @azeezputera @tabung_haji #haji #haji1435



Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesiapa yang mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguhnya Aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah)." (Hadis riwayat Muslim) 

"Sesiapa yang sanggup dan sabar menanggung kesukaran tinggal di Madinah, lalu dia mati (di Madinah), maka aku akan memberi syafaat dan menjadi saksi di hari kiamat, jika dia seorang Muslim." (Hadis riwayat Muslim) 

Dari Umar RA bahawa beliau berdoa : Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanmu, matikan aku di negeri Rasulmu SAW (Madinah)." (Hadis riwayat Bukhari)

Berdasarkan ketiga-tiga hadith,jelaslah bahawa hukumnya sunat untuk berdoa mati di Tanah Suci (Madinah).



Ustaz Shahrul Azam Noor Zeli yang juga Pengurus Ibadat Mekah mengupas hal berkenaan doa 'meminta mati' di tanah suci ini.Beliau berkata tiada salahnya dan juga adalah menjadi sunat andai berbuat demikian kerana ini semua juga sudah dinyatakan di dalam hadith.


No comments:

Post a Comment