Tuesday 23 September 2014

HAMPIR 10 RIBU JEMAAH HAJI MALAYSIA TERIMA RAWATAN @azeezputera @tabung_haji #haji #haji1435






Sehingga 23 September 2014 seramai 19,937 jemaah haji Malaysia kelolaan Tabung Haji telah selamat tiba di Makkah.Ianya hampir 90% daripada keseluruhan jemaah.



Keadaan jemaah terkawal dan semuanya dalam keadaan baik.Mengulas tentang kesihatan jemaah,Pengarah Operasi Perubatan Mekah Dr Mohd berkata dalam keseluruhan jemaah yang hadir sebanyak 9,788 telah mendapat rawatan kesihatan.



Pusat Rawatan yang terlibat adalah Syisya, Aziziah,Abraj dan juga 10 klinik di maktab-maktab yang telah disediakan.Kebanyakkan jemaah yang mendapat rawatan kerana hanyalah mempunyai masalah pernafasan,demam,batuk,selesema dan diabetik.

Dr Mohd juga akan memastikan pihaknya akan berusaha sehabis baik membantu jemaah yang tidak berupaya dengan menyediakan 15 buah ambulans untuk kemudahan hari Wukuf di Arafah nanti.Rawatan bilik ke bilik juga akan dilakukan untuk memastikan jemaah bersedia dan sihat untuk menghadapi hari Wukuf.

Kebanyakkan jemaah haji Malaysia patuh dengan nasihat-nasihat petugas haji seperti memakai 'face mask' atau topeng muka bagi mengelakkan debu,minum air secukupnya makan dan tidur mengikut masa dengan kadar yang cukup.Dan ini membuatkan risiko diserang penyakit berkurangan.

Beliau yang berjawatan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu menyatakan tahun ini menjadi sejarah apabila Pasukan Perubatan menawarkan khidmat rawatan pergigian. Tetapi ianya hanya melibatkan cabutan dan tampalan untuk kemudahan jemaah haji.

Pada masa yang sama,jemaah yang ditahan di wad untuk rawatan dilawat oleh petugas haji/pakar rujuk iaitu Datuk Seri Hassan Ahmad yang juga mantan Mufti Pulau Pinang, Datuk Fadzil Awang dan Dr Anisah Abdul Ghani.




No comments:

Post a Comment