Tuesday 16 September 2014

'MUALLAF' CINA MENOLAK JEMPUTAN KE TANAH SUCI MENJAGA IBU YANG SAKIT @azeezputera @tabung_haji #haji #haji1435




'Tatkala melihat Kaabah didepan mata buat pertama kali saya merasakan betapa besarnya keagungan Allah' ungkapan seorang Muallaf ,Iswardy Tan Abdullah 59 tahun salah seorang jemaah haji Malaysia.

Memeluk Islam diusia 30 tahun (1985) membuatkan beliau lebih kuat untuk mendalami Islam agama ini.Sebelum ini beliau telah mendaftar dengan tabung haji pada tahun 2000 dan juga telah dipanggil untuk menunaikan haji pada tahun 2007,namun beliau menolak kerana menjaga ibunya yang terlantar sakit.

Walaupun ibunya tidak memeluk Islam namun tanggungjawab sebagai seorang anak beliau pikul tanpa berbelah-bagi.Iswardy yang masih bujang sangat teruja dan mengatakan rahmat Allah yang paling besar apabila menjemputnya ke tanah suci.Dari pelbagai bangsa warna kulit datang dengan perpaduan untuk menghadap penciptaNya.

Semoga Allah menerima haji beliau........

No comments:

Post a Comment