Header Ads

Breaking News

NENEK 96 TAHUN PUNYA HAL... @azeezputera @tabung_haji #haji #haji1435

'SUPERMOON'
Dirakamkan ketika 9 September 2014 - Makkah


Masih kuat dan tidak kelihatan seperti berumur 96 tahun,seakan tak percaya pertama kali berjumpa dengan Suati Salikon jemaah haji Malaysia yang tertua musim 1435.

"Saya masih boleh beribadat dan berjalan pun boleh, tapi kalau nak (kerjakan) umrah malam ini kena pakai kerusi rodalah " katanya santai.

Setelah lebih 15 tahun menyimpan hasrat menunaikan haji akhirnya termakbul kali ini apabila dia ditemani anak menantunya Halimah Putih 60 tahun.Halimah memberitahu,Ibu mertuanya itu sepatutnya telah lama ke tanah suci tapi tersekat apabila kematian suaminya dan tiada siapa yang mengiringinya untuk ke Mekah.

"Syukur sangat. Dulu (15 tahun lalu) nenek sampai, tak ada lah (hotel) jauh macam ini. Waktu itu nenek tinggal di hotel empat tingkat betul-betul tepi Masjidil Haram, sekarang mungkin hotel itu dah roboh," 

Suati yang telah 3 kali dipanggil Tabung Haji untuk menunaikan haji kali ini termakbul.Beliau sangat teruja dan bersyukur tetap menjadi tetamu Allah.

Suati yang masih cergas dan sesekali dia diingatkan oleh Halimah mengenai tarikh tertentu memberitahu, tidak ada sebarang rahsia buat dirinya kekal sihat menghampiri usia seabad itu.

"Nenek tidak makan yang pedas-pedas dan mungkin juga Allah itu permudahkan (ke sini) sebab nenek selalu juga ke surau. Ramadan sebelum ini pun berjemaah di surau," katanya yang mempunyai lapan orang anak.

No comments