Tuesday 9 September 2014

KHEMAH BERHAWA DINGIN DIBEKAL UNTUK JEMAAH DI MINA @azeezputera @tabung_haji #haji #haji1435



Kerajaan Arab Saudi akan memasang khemah berhawa dingin di Mina bagi memastikan jemaah berada dalam keadaan selesa terutama dalam cuaca panas sekarang.

Itulah 1 langkah yang diambil oleh Kerajaan Arab Saudi bagi memastikan ibadah rukun Islam ke 5 ini berjalan lancar.Kementerian Hal Ehwal Haji Arab Saudi dan semua agensi kerajaan di negara itu telah bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada jemaah haji dari seluruh dunia pada tahun ini.



Timbalan Menteri Hal Ehwal Haji Arab Saudi Dr Hussein Nasir Al-Sharif berkata terdapat banyak perubahan yang dilakukan pada musim haji tahun ini bagi memastikan jemaah dapat menunaikan haji dengan selesa.

Syed Saleh yang diiringi timbalannya, Nurrin Anuwar Shamsuddin, Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Saiful Azlan Sharif dan Pengarah Operasi Bimbingan Haji Tengku Aziz Raja Abdullah membuat kunjungan hormat ke atas Dr Hussein yang juga penasihat kepada Menteri Hal Ehwal Haji Hatem Al-Qadhi.

Dr Hussein berkata mereka telah diarah oleh Menteri Hal Ehwal Haji Dr Bandar ibn Muhammad Hajjar untuk "memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada jemaah haji".

Beliau berharap jemaah akan menunaikan haji dalam keadaan selesa dan kembali ke negara masing-masing dengan selamat dan rasa gembira, dan semoga mereka mendapat haji yang mabrur.

No comments:

Post a Comment