Monday 29 September 2014

KESIHATAN JEMAAH HAJI MALAYSIA DI TAHAP TERBAIK - JAMIL KHIR @azeezputera @tabung_haji @dsjamilkhir #haji #haji1435



Hari kemuncak haji bagi musim 1435 Hijrah hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.Pastinya menjelang wukuf di Arafah kesihatan para jemaah amatlah penting.


Bagi jemaah Malaysia,tahap kesihatan keseluruhan adalah baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.Hal ini disahkan oleh Dato Seri Jamil Khir Baharom dalam kunjungan beliau bersama Dato Seri Azeez Rahim pengerusi Tabung Haji ke penginapan jemaah Malaysia di Rehab Al-Janadiriyyah (Mekah)




Pada kunjungan itu Jamil Khir dan Azeez Rahim turut melawat pusat kewangan dan pesakit di klinik di bangunan itu.

Dato Seri Jamil Khir juga berkata pada 2 hari yang lepas,pesakit yang ditahan di wad adalah seramai 8 orang.Namun hari ini,empat sudah dibenarkan keluar dan hanya tinggal empat dan beliau juga memberi jaminan akan memastikan jemaah yang sakit akan dibawa ke Arafah untuk berwukuf. 

No comments:

Post a Comment