Wednesday 10 September 2014

BETAPA BERUNTUNGNYA WARGA MALAYSIA @azeezputera @tabung_haji #haji #haji1435



Keupayaan Malaysia melalui Tabung Haji menguruskan jemaah dengan baik dan bersistematik telah melebihi 50 tahun memang sangat dihormati dan disegani dari seluruh pelusuk dunia.Antara negara yang berminat berkongsi pandangan adalah negara Pakistan.

Syed Abu Ahmed Akif selaku Pengarah Besar(Haji) di Pejabat Konsul Jeneral Pakistan yang beroperasi di Jeddah berkata Pakistan berminat mencontohi cara juga sistem bagaimana Tabung Haji menguruskan jemaah Malaysia

Pakistan negara kedua jemaah terbanyak selepas Indonesia yang dikendalikan Pejabat Hal Ehwal Haji menguruskan seramai 144,000 jemaah.Melihatkan Malaysia yang telah mencapai 50 tahun mengendalikan jemaah oleh Tabung Haji,ia satu pencapaian yang membanggakan.

Syed Abu Ahmed Akif menjelaskan dari keseluruhan 144,000 jemaah Pakistan, 56 peratus dikendali kerajaan dan yang selebihnya dikendalikan oleh syarikat swasta.Jemaah Pakistan hanya dikenakan US2,500 (RM7,935) bagi seorang dan sebahagian besarnya adalah bagi pengangkutan dan penginapan.Bagi jemaah yang mahu menunaikan haji mereka haruslah mendaftar 6 bulan awal dan membayar kepada bank-bank tertentu.

Tidak seperti jemaah Malaysia,kebanyakkannya menginap di bangunan yang jaraknya dibawah 1km sahaja dengan Masjidilharam tetapi bagi jemaah Pakistan ada yang menginap sehingga 8km jaraknya dari Masjidilharam. 

Pihak Pakistan itu dikunjungi rombongan Malaysia ke pejabat membincangkan pengurusan haji negara masing-masing diketuai Dato Syed Saleh sebagai Ketua Rombongan Haji Malaysia.

Dato Syed Saleh berkata TH bukan sahaja mengendalikan urusan haji, tetapi juga mengurus dana yang disimpan 8.4 juta penyimpan dan dari jumlah itu hanya 1.5 peratus yang mendaftar untuk mengerjakan haji.

Kini Tabung Haji mendapat kepercayaan dengan mengendalikan dana berjumlah RM47.6 bilion dan memberi dividen antara lima hingga enam peratus setahun pada penyimpan/pelabur.

Hasil keuntungan daripada projek pelaburan Tabung Haji juga dapat dinikmati jemaah haji Malaysia apabila disubsidikan sebanyak RM 6,348 dan ini mengurangkan kos asal yang berjumlah RM 15,870.

No comments:

Post a Comment