Friday 26 September 2014

PERSIAPAN HARI MASYAIR BERJALAN LANCAR @azeezputera @tabung_haji#haji #haji1435



Kemuncak Haji semakin hampir.Kedatangan jemaah dari pelbagai negara dari seluruh pelusuk dunia semakin membanjiri Mekah dan dijangkakan akan semakin bertambah memandangkan isytiharnya Wukuf di Arafah pada Jumaat (3 Oktober 2014).


Bagi Malaysia, persiapan menyambut hari Masyair (Arafah,Mudzalifah, Mina) semakin dipergiatkan.Semalam Ketua Rombongan Haji Dato Syed Saleh sekali lagi bersama rombongan melawat 'tapak-tapak' untuk Malaysia.

Dalam tinjauan itu didapati kebanyakkan kerja-kerja menyiapkan tempat untuk jemaaj haji sedang giat dijalankan.Dato Syed mengatakan hampir 80% persediaan sudah siap untuk menanti ketibaan jemaah Malaysia yang akan berlepas dari Mekah berperingkat.


Malaysia masih mengamalkan sistem 'Taraduriyah' (shuttle bus) bagi membawa jemaah bergerak ke Arafah,Mudzalifah dan Mina.Bagi jemaah dari Mekah ke Arafah ianya akan dibawa berlepas secara berperingkat. Peringkat pertama pada sebelah pagi (0800 hrs), selepas Zohor (1400 hrs), dan yang pelepasan yang ketiga dan terakhir pada sebelah petang iaitu selepas Asar (1700 hrs).

Dijangkakan seluruh jemaah Malaysia akan berada di Arafah malam 8 Zulhijah sebelum menunggu untuk wukuf keesokan harinya.Secara keseluruhan lawatan itu,Dato Syed Saleh berpuas hati dengan pencapaian proses-proses persediaan itu.

Rombongan sempat menunaikan solat Asar berjemaah dan membuat bacaan doa selamat dan yassin bagi memanjatkan kesyukuran dan berdoa agar Allah mempermudahkan keseluruhan operasi dan jemaah dapat menunaikan ibadah haji ini dwngan sempurna.





No comments:

Post a Comment