Monday 8 September 2014

JEMAAH HAJI MALAYSIA DIJANGKA MENINGKAT @azeezputera @tabung_haji



Sebanyak 27 penerbangan telah mendarat dengan selamatnya di bumi Madinah bagi membawa jemaah haji Malaysia.Berbaki 37 penerbangan lagi akan tiba dan yang akan mendarat di Madinah hanya 6 penerbangan lagi.

Yang selebihnya mulai 10 September 2014 akan terus ke Mekah dan selepas hari wukuf barulah mereka akan ke Madinah.Sehingga ke hari ini keseluruhan jemaah yang telah tiba seramai 9439 orang.Sebanyak 6524 jemaah di Madinah dan 3185 di Mekah.

Dijangkakan mulai 10 September 2014 jemaah akan mula sesak di Mekah berikutan kedatangan jemaah terus dari Malaysia dan Madinah.

Bagaimanapun,Ketua Rombongan Haji Dato Syed Saleh berkata kesemua 9 bangunan telah siap sedia untuk diguna pakai dan sehingga kini 4 daripada 9 bangunan sudah pun dimasuki.

Beliau juga berkata,semua perkhidmatan telah beroperasi sepenuhnya di Madinah dan Mekah seperti klinik,kewangan,  dan sebagainya melibatkan 478 petugas yang mana 251 petugas tabung haji dan 227 petugas perubatan.

No comments:

Post a Comment