Saturday 27 September 2014

LENGKAPLAH 64 PENERBANGAN KE TANAH SUCI @azeezputera @tabung_haji #haji #haji1435




Hari kemuncak haji hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.Ketibaan jemaah Malaysia di Mekah hampir sepenuhnya.63 KT telah pun tiba dengan selamat dan 1 lagi masih dalam perjalanan (dijangka tiba petang Sabtu 27 September 2014).

Penerbangan terakhir itu berlepas dari Kelana Jaya yang membawa seramai 263 jemaah.Ini menjadikan bilangan jemaah yang berada di tanah suci sebanyak 22,232  orang jemaah (termasuk di dalam perjalanan).Dan selebihnya 88 orang akan berlepas dengan penerbangan komersial.




Maka lengkaplah sebanyak 64 penerbangan jemaah ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji.Kesemua jemaah haji kali ini dikatakan antara yang patuh mengikut nasihat-nasihat agar menjaga diri dan kesihatan.Perkara ini disahkan Ketua Rombongan Haji Malaysia Dato Syed Saleh ketika melawat persiapan terakhir di Arafah, Mudzalifah dan Mina tempoh hari.

Sehingga ke hari ini jemaah haji yang telah meninggal dunia di tanah suci adalah 4 orang.

No comments:

Post a Comment