Sunday 21 September 2014

KELULUSAN PUSAT RAWATAN JEMAAH HAJI DI MAKKAH @azeezputera @tabung_haji #haji #haji1435







Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah menyediakan pusat rawatn bagi jemaah yang sakit.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi juga telah memberi kelulusan kepada pusat-pusat rawatan di Mekah untuk beroperasi yang terbahagi kepada 3 iaitu Pusat Rawatan Syisyah,Pusat Rawatan Aziziah dan Pusat Rawatan Abraj Janadiriah.



Dinilai panel-panel tempatan,pusat-pusat rawatan ini menepati syarat dan layak diguna pakai semasa musim haji kali ini.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) Dr Saiful Azlan Bin Sharif memberi penjelasan seandainya terdapat kes yang memerlukan pembedahan atau kes serius pihaknya akan menghantar ke Hospital King Abdul Aziz di Makkah.

Pusat-pusat rawatan ini diurus selia oleh petugas haji perubatan yang jumlahnya hampir 50 orang dan ini dianggarkan mencukupi bagi menguruskan jemaah Malaysia yang mengalami masalah kesihatan.

Beliau menambah kemudahan seperti x-ray dan makmal juga disiapkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan kemudahan untuk jemaah.Pasukan Perubatan Malaysia juga menyediakan kira-kira 15 buah van untuk digunakan membawa pesakit ke Arafah untuk berwukuf.




Tinjauan media ke Pusat Rawatan Syisya mendapati segalanya dalam keadaan baik dan beberapa jemaah yang berada disitu juga berpuas hati dengan layanan mesra petugas perubatan sesuai dengan tema 'Bersama Santuni Dhuyufurrahman'.

No comments:

Post a Comment