Monday 15 September 2014

AWAS!!!LAPORKAN SEGERA ANDAI ANDA RASA TERTIPU!!! @azeezputera @tabung_haji #haji #haji1435





Bayaran yang bermula serendah RM 18,000 hingga mencecah RM 169,000 adalah harga yang perlu dibayar bagi jemaah yang menunaikan haji melalui pakej iaitu tidak mengikut Muasassah Tabung Haji.

Bagaimanapun kesemua pakej yang disediakan syarikat swasta ini juga dipantau dan sentiasa diambil berat oleh pihak Tabung Haji bagi memastikan bayaran setimpal dengan layanan/servis yang diberikan.

Tabung Haji memandang serius hal ini kerana terdapat sebelum ini kes-kes yang melibatkan penipuan jarak contohnya dan kapasiti bilik jemaah.



"Dulu terdapat syarikat yang didalam vouchernya mengatakan jarak antara hotel dengan Masjidilharam hanya 400meter tetapi apabila kita (TH) ukur ia lebih jauh sehinggakan 800meter" kata Mat Admara Alang Azizdin selaku Pengarah Operasi Jemaah Haji.

Beliau juga memberitahu antara kes lain yang pernah terjadi kapasiti muatan bilik jemaah sepatutnya 4 orang dan apabila disiasat ada yang hingga menjadi 7 orang.Itu adalah kesalahan berat dan lesen syarikat itu digantung dan tidam akan diberi semula.

Bagi syarikat yang telah disenarai hitam dan digantung lesen memang sehingga kini tidak dapat diluluskan oleh Tabung Haji untuk meneruskan servis.

Mat Admara juga berulang kali menasihatkan agar jemaah yang tidak puas hati atau rasa tertipu segeralah melaporkan kepada pihak Tabung Haji agar siasatan dapat dijalankan terus tanpa melengahkan dan memudahkan urusan.

Pada 5 tahun yang lepas lebih 30 syarikat yang mengelolakan jemaah haji tetapi tahun lepas digugurkan hingga 19 syarikat dan tahun ini hanya 18 syatikat yang dibenarkan menguruskan jemaah haji secara pakej.

No comments:

Post a Comment