Sunday 1 December 2013

GAMBAR NGERI wajah Paul Walker selepas kemalangan


Gambar Paul Walker yang meninggal akibat kemalangan

Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California beberapa jam yang lalu.



Paul yang terkenal dengan watak Brian O’Connor dikatakan gagal mengawal Porshe Carrera GT baru milik beliau sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.

Turut meninggal di dalam kemalangan ini ialah seorang penumpang yang masih belum dikenal pasti. Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.

Kereta yang dinaiki Paul Walker hangus terbakar selepas terlibat kemalangan. Paul Walker meninggal ada usia 40 tahun.




1 comment: