Rata-rata penduduk di Ladang Byram berketurunan India disitu pada awalnya dijanjikan pampasan dan rumah sebagai ganti untuk berpindah dari tanah itu yang Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu jadikan tempat pelupusan sampah.
Tapi perjanjian itu dikhianati pihak Kerajaan Negeri apabila keseluruhan penduduk disitu diarahkan berpindah dengan hanya mendapat rumah FLAT yang buruk dan tidak mempunyai prasana seperti Lif yang bakal menyusahkan dan merumitkan penduduk Ladang Byram itu yang banyak penghuninya 'warga emas'.
Yang lebih memeranjatkan ialah rumah FLAT yang diwar-warkan itu bukanlah PERCUMA,tetapi ianya perlu DIBAYAR SEWA dengan kadar RM 100 sebulan.Selain itu mereka hanya bakal mendapat pampasan berupa wang ringgit sebanyak RM2000 sahaja.
Ini memperlihatkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab dan mungkin mereka menganggap golongan berketurunan India yang menetap di kawasan ladang ini hanyalah kasta kelas bawahan dan mampu dimanipulasi dwngan mudah.
Memetik kenyataan seorang penduduk disitu berkata, "selama 40 tahun menetap disitu dibawah pemimpin Barisan Nasional (BN) mereka tidak pernah merasa terseksa seperti sekarang.Malah banyak yang dibantu Dato Zainal Abidin semasa beliau menjadi ahli parlimen kawasan Nibong Tebal".
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Byram juga bakal menghadapi masalah besar apabila kemungkinan kehilangan lebih 50% pelajar yang kebanyakkannya penduduk di Ladang Byram itu yang diarah berpindah.
Sikap tidak bertanggungjawab dan tidak matang Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi menyelesaikan permasalahan rakyat adalah TIDAK RELEVAN.Ladang Byram ini telah menjadi kes 'KAMPUNG BUAH PALA 2'.Adalah tidak adil melayan golongan bawahan seperti 'kucing kurap'.
Keluhan penduduk Ladang Byram :
KLIK GAMBAR
No comments:
Post a Comment