Header Ads

Breaking News

Kemaman banjir,UMNO Pulau Pinang sibuk buat apa? @drnovandri @dzainalabidin @azwanbro @shaberyc

Kumpulan sukarelawan dari UMNO Pulau Pinang yang tiba pagi tadi terus bersemangat membantu mangsa banjir di kawasan Kampung Air Putih Kemaman.




 Walaupun perjalanan dari Pulau Pinang yang diketuai oleh saudara Ramlan dan Dr.Novandri itu tiba seawal jam 3 pagi di Kemaman, ia tidak menghalang untuk mereka terus menabur bakti membantu penduduk setempat mencuci rumah akibat banjir dan juga memberi khidmat rawatan perubatan dari rumah ke rumah.






Dr Novandri yang juga mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia membawa ubat-ubatan dan Van Klinik Kesihatan Bergerak memberikan khidmat perubatan bagi penduduk yang rata-ratanya terputus hubungan dan kenderaan yang sudah rosak akibat banjir.




Antara kerosakan yang jelas termasuk tembok di Masjid.




Ianya mendapat tindak balas yang sangat baik dari hampir keseluruhan penduduk di kawasan sekitar itu.

Tahniah dan teruskan usaha murni anda semua.Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.Semoga dipermudahkan segala urusan.

No comments