Friday 20 December 2013

KELAB PUTERA 1 MALAYSIA MENDAPAT PENGHARGAAN. @azeezputera @NajibRazak


Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) dibawah Presidennya Datuk Azeez Rahim bakal dirai oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak atas misi-misi bantuan kemanusiaan KP1M kepada penduduk/rakyat yang menimpa musibah dan bencana alam.




Terbaru KP1M antara sukarelawan yang terawal memberikan bantuan kemanusiaan mangsa banjir di negeri pantai timur baru-baru ini.



Sebelum ini KP1M turut membantu meringankan beban penduduk di Filipina yang dilanda TAUFAN HAIYAN yang turut mendapat pujian Gabenor Layte.Berita KLIK DISINI

Antara misi yang lain:

1.Misi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir (OPS PIRAMID)

2.Misi kemanusiaan banjir Queensland Putera 1 Malaysia

3.Lawatan PUTERA 1MALAYSIA bersama adik Hairuman mangsa renjatan elektrik

4.Humanitarian Mission to Gaza

Dan banyak lagi sumbangan bantuan kemanusiaan yang telah Datuk Azeez Rahim berikan.Dari sumbangan keringat,harta benda hinggalah wang ringgit.

Kini,ianya terbalas dengan penganugerahan dan penghargaan yang tinggi oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. Walaupun ianya bukan lah kayu pengukur untuk bakti dan jasa yang Datuk Azeez Rahim bersama KP1M telah sumbangkan.

Dalam majlis yang bakal diadakan pada 20 Disember 2013 itu, YAB Perdana Menteri juga akan menyerahkan bantuan kemanusiaan mangsa banjir peringkat nasional.

Sukar untuk dicari pemimpin seperti Datuk Azeez Rahim yang sentiasa prihatin dan ikhlas dalam berbakti kepada warga tidak kira didalam negara malah juga di luar negara.Tiada apa yang dapat membalas jasa kalian.Syabas dan Tahniah.Teruskan berbakti dan berjuang.

No comments:

Post a Comment