Friday 6 December 2013

Dr Novandri permata UMNO - terima Anugerah Khas Pemuda @drnovandri @khairykj @azwanbro

Dr.Novandri Hasan Basri seorang pemuda dari Bukit Gelugor yang tidak perlu lagi diperkenalkan lagi di Malaysia.
Pemuda yang terkenal dengan lagak sopan dan sentiasa bertegur sapa dengan sesiapa saja itu sangat popular dikalangan penggemar dan pengamal media maya melalui blog tulisannya novandri.blogspot.com @ DrMiM





Namun mungkin ramai lagi yang sudah tahu ataupun tidak tentang penglibatan Dr.Novandri dalam dunia sukarelawan beliau melalui 'pentas' Pemuda UMNO Malaysia.


Beliau mula terlibat dalam khidmat masyarakat,sukarelawan sejak tahun 2000 lagi.
Atas rasa tanggungjawab kepada masyarakat beliau mula menabur bakti dalam menyumbang khidmatnya sebagai Doktor untuk misi sukarelawan di seluruh semenanjung tanah air melalui 'Klinik Bergerak Pemuda UMNO Malaysia'.





Tanpa kenal erti jemu dan lelah beliau terus berbakti sehingga kini.Atas jasa dan bakti yang beliau taburkan,Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ditunjangi Khairy Jamaludin dan kepimpinan tertinggi UMNO telah menganugerahkan 'ANUGERAH KHAS PEMUDA' dalam PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013 di PWTC 4 Disember yang lepas.



Pada hemat aku,sebagai kenalan yang boleh dikatakan agak rapat,sukar untuk menterjemahkan dengan penulisan peribadi seorang yang bernama Novandri Hasan Basri.Seorang sahabat,abang,guru,ketua yang bagi aku sukar untuk dicari ganti.
Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga atas jasa, ilmu dan tunjuk ajar beliau.Juga TAHNIAH atas penganugerahan yang bagi aku tak mungkin dapat ditukar dengan jasa dan khidmatnya.Syabas!

YOU INSPIRED ME...

VIDEO yang sangat membuatkan aku tersentuh...


No comments:

Post a Comment