Header Ads

Breaking News

Nik Aziz digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digugurkan dari jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan diganti dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.



Ahmad turut dilantik sebagai bendahari PAS Pusat yang baharu. Pengumuman jawatan lantikan ini dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2013 - 2015 yang pertama malam tadi.

Datuk Mahfuz Omar yang tewas dalam persaingan merebut jawatan Naib Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Sementara Datuk Mustafa Ali dikekalkan sebagai Setiausaha Agung PAS. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang tewas kepada Mohamad Sabu dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.

Seorang lagi calon yang tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden PAS, Datuk Abu Bakar Chik turut dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Bagi jawatan Penolong Setiausaha Agung dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang akan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan pada 17 Disember nanti.

KataPakTua:PAS kekurangan pemimpin berwibawa...al-lingkuplah nampak gayanya..STOPA ALI, MAT SABU,MAHFUZ OMAR MASIH DISIMPAN.
ISLAM TANG MANANYA?

No comments