Monday 16 December 2013

Jambatan Kedua Mangsa Banjir Terengganu Siap Dibina. @HishammuddinH2O



Tentera Darat telah menyiapkan sebuah lagi jambatan yang sebelum ini mengalami runtuhan di kedua-dua arah akibat banjir di Kampung Kuala Kejil, Kuala Berang, Terengganu.

Jambatan taktikal jenis Compact Bailey 100 itu boleh digunakan orang ramai sejak 7 pagi semalam.

Pembinaan dan pemasangan jambatan itu melibatkan seorang pegawai dan 40 anggota lain-lain pangkat dari 7 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja.

“Jambatan taktikal itu telah diaturgerakkan dari Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM), Kem Mahkota Kluang di Johor,” menurut kenyataan Markas Tentera Darat di sini hari ini.

Ia berkata pembinaan jalan masuk dan tanjakan telah dilaksanakan dengan bantuan Jabatan Kerja Raya.

Ketika dihubungi, Pegawai Perhubungan Raya Markas Tentera Darat, Kapt Siti Aishah Noor berkata jambatan itu mula dibina pada 13 Disember.

Pasukan itu sebelum ini membina jambatan taktikal sepanjang 20 meter di bandar Chukai, Kemaman.

No comments:

Post a Comment