Sunday 13 October 2013

wajib baca!!|||Asal usul SOLAT|||




Solat Subuh- Nabi Adam A.S memulakan solat ini.

Sesetengah Hukama’ berpendapat bahawa setiap solat ditentukan daripada seorang Nabi yakni insan yang mula-mula menunaikan solat Subuh, Nabi Adam A.S. Solat Subuh ini, ditunaikan oleh Nabi Allah Adam A.S ketika keluar daripada syurga. Suatu ketika, ketika Nabi Adam A.S memerhatikan kegelapan malam dihiasi bebintang yang bersinar-sinar di langit, ketika dia melihat kegelapan malam, timbul rasa takut disebabkan kesilapannya dan Hawa termakan pujukan iblis memakan buah khuldi (kekal) ketika mereka tinggal di dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan di dalamnya. Tujuan solat Subuh 2 rakaat adalah yang kerana, yang pertama, rakaat pertama menunjukkan rasa syukur Nabi Adam A.S kerna terlepas daripada kegelapan dan tanda syukur adanya siang hari.

Solat Dzuhur, ditunaikan oleh Nabi Ibrahim A.S.

Solat Dzhuhur dipraktikkan oleh Nabi IbrahimA.S ketika peristiwa penyembelihan anaknya, Nabi Ismail A.S. Setelah sekian lama baginda menanti iaitu selama 80 tahun, akhirnya impian baginda untuk memperoleh Nabi Ismail A.S dimakbulkan Allah. Justeru itu, sewaktu peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S, Allah telah menggantikannya dengan seekor kibas. Proses penyembelihan seekor kibas ini berlaku ketika gelincir matahari iaitu waktu tengahari. Lalu, Nabi Ibrahim A.S menunaikan solat zuhur 4 rakaat sepertimana yang dilakukan umat Islam pada hari ini.  Nabi Ibrahim A.S menunaikan solat Dzuhur sebanyak empat rakaat iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menyatakan syukur kerna Nabi Ismail, anaknya ditukar Allah dengan seekor kibas

Rakaat kedua: Untuk menyatakan rasa syukur kerna Nabi Ibrahim A.S diangkat daripada berdukacita

Rakaat ketiga: Untuk menuntut keredaan Allah S.W.T

Rakaat keempat: Untuk melahirkan perasaan amat gembira (Menerima kibas Habil daripada syurga. Habil mengorbankan kibasnya untuk menebus anak Nabi Ibrahim A.S)

Solat Asar

Solat Asar ini dipraktikkan oleh Nabi Yunus A.S iaitu ketika Nabi Yunus A.S dikeluarkan daripada perut ikan Nun (Ikan Paus).  Diriwayatkan keadaan baginda seperti burung yang tidak berbulu. Didalam perut ikan paus ini, Nabi Yunus A.S mengalami empat kegelapan. Pertamanya kesalahan baginda meninggalkan kaumnya, kedua kegelapan air, ketiga kegelapan malam hari, dan keempat kegelapan di dalam perut ikan itu sendiri. Walaubagaimanapun, dengan izin Allah S.W.T, Nabi Yunus A.S. keluar daripada perut ikan paus pada waaktu petang hari, yakni pada waktu Asar. Nabi Yunus A.S menunaikan solat Asar empat rakaat.

Solat Maghrib

Solat Maghrib dipraktikkan oleh Nabi Isa A.S iaitu ketika Allah mengeluarkannya daripada kaumnya. Peristiwa ini berlaku sewaktu lenyapnya matahari. Nabi Isa A.S menunaikan solat Maghrib tiga rakaat disebabkan:

Rakaat pertama: Untuk menafikan Ketuhanan lain selain daripada Allah S.W.T yang mengatakan Isa anak Tuhan (Disebabkan Mariam hamilkan Nabi Isa A.S tanpa ayah).

Rakaat kedua: Menafikan tohmahan terhadap ibunya yang dibunuh oleh kaumnya.

Rakaat ketiga: Untuk menyatakan bahawa tiada Tuhan yang dapat memberi kesan selain daripada Allah S.W.T

Solat Isya'

Solat Isya' dilaksanakan oleh Nabi Musa A.S. Solat ini dilaksanakan oleh baginda ketika baginda tersesat jalan di sebuah negeri bernama Madyan, Jordan berdekatan Sinnai. Baginda menunaikan solat Isya' sebanyak empat rakaat kerana berdukacita tentang isterinya, berdukacita tentang Qarun, berdukacita tentang Firaun (musuhnya), bapa angkat Nabi Musa A.S dan beberapa anak Nabi Musa A.S. dan berpegang pada janjiNya yang benar. Demikian semuanya berlaku pada waktu Isya'


Semoga ilmu ini berguna.
wallahua'alam

No comments:

Post a Comment