Program anjuran Yayasan Mutiara dengan kerjasama PERDA,Jabatan Mufti Pulau Pinang dan Universiti Sains Malaysia (USM) itu bakal berlangsung pada 13 Oktober 2013 bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra,Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
Dato Jahara memandang serius dengan situasi ajaran syiah yang semakin menular di dalam negara ini.Dengan rasa tanggungjawab mengambil langkah untuk menganjurkan seminar ini bagi memberi input dan penerangan kepada umum tentang ancaman syiah ini.
Beberapa panel yang arif dan berpengetahuan luas akan dibawa khas untuk seminar ini.Selain menegaskan syiah adalah ajaran sesat,Dato Jahara berharap seminar ini mendapat sambutan orang ramai bagi sama-sama membantu menyampaikan maklumat dan dapat mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
No comments:
Post a Comment