Header Ads

Breaking News

Datuk Azeez Rahim punca waris Jemaah meninggal dunia di Makkah sebak! @azeezputera






Munirah Binti Osman(anak Allayarhamah)


"saya tidak menyangka akan menerima kunjungan ziarah Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ke rumah kami.Saya dan keluarga amat terharu dan berterima kasih atas keprihatinan beliau atas kunjungan ini..hanya Allah yang dapat membalas segalanya " katanya dalam nada sebak

Itulah kata-kata dari salah seorang anak Allayarhamah Masitah Binti Mohamed Noor 70 tahun yang meninggal dunia di Tanah Suci Makkah pada selasa 4 Oktober 2013 2.45 pagi (waktu saudi).Allayarhamah Masitah meninggal dunia akibat masalah jantung di Hospital An Noor,Makkah.Jenazah Allayarhamah telah selamat diuruskan oleh para petugas TH di Makkah dan dikebumikan di tanah perkuburan Syaraek.

Termasuk hari ini,seramai 9 orang jemaah dari Malaysia telah meninggal dunia disana mendapat kunjungan ziarah daripada Pengerusi Lembaga Tabung Haji Malaysia sendiri.Yang Berhormat Datuk Abdul Azeez mengambil langkah proaktif ini sebagai satu tanda prihatin TH terhadap jemaah dan keluarga.

Datuk Abdul Azeez dalam ucapannya,petugas TH akan menjaga kebajikan dan membawa pulang barang-barang allayarhamah dengan selamat ke Malaysia dan dijangka akan berlepas dari Makkah pada 25 November ini.

Yang Berhormat Datuk Abdul Azeez pagi tadi bersama-sama penduduk kampung membuat majlis tahlil dan dalam kunjungan ziarah itu beliau menyampaikan bantuan khairat kematian sumbangan TH kepada waris Allayarhamah.

turut sama dalam kunjungan ziarah ini adalah para pegawai dan kakitangan  TH khususnya dari Negeri Perak



FAKTA : Belum pernah ada Pengerusi Tabung Haji turun padang ziarah waris jemaah yang meninggal di Makkah sebelum ini.Syabas Datuk atas keprihatinan dan kesungguhan membantu.

No comments