Header Ads

Breaking News

#PRKSgLimau : Bapa Jamil Khir terkilan

Pada awalnya digemparkan hebahan media pembangkang mengatakan Bapa kepada Ketua Bahagian Jerai Dato Seri Jamil Khir mendoakan kejayaan calon PAS untuk PRK N20.
Pada 24 Oktober lalu , Pengarah Jawatankuasa Induk Pas PRK Sungai Limau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar bersama calon DUN Sungai Limau, Mohd. Azam Abd. Samat mendakwa Bapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Baharom telah mendoakan agar kemenangan berpihak kepada Pas.




Namun sebenarnya apa yang berlaku adalah sebaliknya !!

“Yang berlaku ialah bapa saya menadah tangan sambil mengaminkan doa yang dibaca oleh Mohd. Azam. Dia pun tak tahu apa orang itu sebut… dia (bapa saya) tolong aminkan doa saja. Tapi dalam media propembangkang, pemimpin Pas sebut bapa saya baca doa.

“Ini mainan politik yang terlampau rendah cara permainan yang dibawa oleh pemimpin Pas untuk memburuk-burukkan saya. Kenapa nak libatkan ayah saya? Dia (Baharom) tidak tanding apa-apa jawatan pun.


Beliau mengulas laporan media pembangkang yang menyiarkan video menunjukkan Mahfuz dan Mohd Azam mengaminkan doa yang dibaca oleh Baharom, yang terlantar di atas katil akibat diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu

VIDEO :

video


Tak banyak untuk dikomen..cuma satu perkataan FITNAH

No comments