Monday 7 October 2013

Ayam import beracun?

"Saya tidak pasti tentang perkara itu.Bagaimanapun kita ambil maklum dan akan minta kerjasama daripada Kementerian Kesihatan untuk menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci, terutama di kawasan yang kita import itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi pengenalan calon-calon bagi jawatan Majlis Tertinggi dan exco sayap Wanita, Pemuda serta Puteri Umno.


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjawab tentang dakwaan keracunan ayam yang diimport dari Thailand.Beliau menegaskan kesemua produk makanan termasuk ayam dan daging yang diimport haruslah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan selain pusat penyembelihan mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau jabatan agama Islam negeri terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun katanya,Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Kementerian Kesihatan akan menyiasat dakwaan ini walaupun mana-mana pihak masih tidak mendapat sebarang laporan mengenai dakwaan ayam yang diimport beracun itu.

Terdahulu, kejadian hujung bulan lepas yang menyebabkan empat maut akibat keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Kedah.
Mereka dipercayai memakan ayam masak merah yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung pada majlis perkahwinan berkenaan.
Siasatan mendapati keracunan itu berpunca daripada pencemaran bakteria SALMONELLA pada ayam yang dihidangkan dalam kenduri berkenaan

No comments:

Post a Comment