Thursday 17 October 2013

Haron Taib selari bersama mahkamah.





Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata beliau menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam mingguan The Herald dalam penerbitan bahasa Melayunya.


Harun yang dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut menggesa umat Islam, tanpa mengira fahaman politik, mempertahankankan agama serta mempertahankan kesucian kalimah 'Allah'. “Memang umat Islam tanpa mengira perbezaan fahaman politik wajib sama-sama perjuangkan akidah dan syiar Islam, semua itu mesti menjadi pegangan kita (umat Islam). “Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald.

Dalam bab akidah, Islam kena jaga,” katanya lagi. Beliau menegaskan lagi bahawa Allah bukan tuhan bagi agama selain daripada Islam. “Seperti yang saya sering sebut sebelum ini, kalimah Allah hanya khusus untuk agama dan umat Islam kerana tuhan bagi umat Islam hanya satu iaitu Allah, dan Allah bukan tuhan bagi penganut agama lain,” katanya lagi.

Laporan berkenaan turut menampilkan pandangan serupa, antaranya dari Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron,Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan,Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.




No comments:

Post a Comment