Thursday 3 October 2013

Ketua Pemuda PAS bakal berniaga cucur udang di Temerloh.


Nasrudin kalah di tempat sendiri.Malu beb!

Aku tak rasa terkejut sangat dengan kekalahan Nasrudin ni.
Oleh beberapa sebab yang bagi aku sendiri Nasrudin juga tahu puncanya.

Yang memungkinkan kekalahan dia,bagi aku bilamana imej yang dibawa tak seiring dengan perilaku dan tutur kata nya.
Pakaian memang nampak alim habis bro, tapi bila ayat keluar dari mulut,perghh macam bau longkang der.

Tapi aku sedikit simpati la atas apa kekalahan dia.
Takpe, kau masih YB..abes jadi YB berenti la politik..insafi diri balik..

Kau ajak orang Pas tolak motor,
Sekali orang Pas tolak kau..hehe


Itu lah..kata orang tua, kerana mulut badan binasa..
rakyat pilih suruh buat kerja,bukan buat dosa..

Jangan nak kata aku fitnah pulak..



P/s dah boleh start plan nak buat apa pulak lepas ni...





Suhaimi Saad berjaya menewaskan pencabarnya Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hasan dalam perebutan jawatan Naib Yang di-Pertua Indera Mahkota pada pertengahan bulan ini.

Menurut laporan Astro Awani, Nasrudin yang memperoleh 60 undi di peringkat kawasan itu tewas kepada Suhaimi yang memperoleh lebih daripada 100 undi namun pendedahan ini tidak disahkan beliau yang masih belum mengetahui jumlah sebenar undi tersebut.

“Saya sebolehnya tidak mahu mengulas perkara ini kerana isu pemilihan PAS masih menjadi perbualan hangat.

“Kekalahan Nasrudin dalam pemilihan di peringkat kawasan kali bukanlah kerana unsur sabotaj tetapi pewakilan mahu Ahli Parlimen Temerloh itu lebih menyerlah di peringkat pemilihan PAS pusat,” kata Suhaimi ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sementara itu, seorang penganalisis politik yang tidak mahu namanya didedahkan lega apabila dimaklumkan kekalahan Nasrudin di peringkat kawasan itu.

Katanya, kekalahan Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu adalah akibat sikap keras kepala dan tidak boleh ditegur pemimpin berkenaan.

“Saya setuju dengan kekalahannya. Ini membuktikan golongan profesional mempunyai peluang yang luas untuk memenangi pemilihan PAS di peringkat pusat.

“Ini pengajaran buat beliau dalam arena politik. Kena sekalu bersederhana. Jangan anggap lebai, baik dan syumul tidak boleh ditegur.

“Ulama’ bukan maksum dan mereka perlu berdepan realiti,” katanya kepada The Malaysian Insider.selanjutnya



No comments:

Post a Comment