Pengarah Strategi Rafizi Ramli, berkata, selain berusaha membolehkannya beraksi di Liga Malaysia, ia sekali gus menjadikan Stadium Kajang digunakan sebaiknya untuk perlawanan dan latihan.
"Di Kajang ada stadium Kajang yang tidak dimaksimakan dari segi penggunaannya.
"Jadi satu manifesto yang akan diusahakan oleh Dr Wan Azizah, iaitu untuk membawa satu pasukan bola sepak beraksi ke Liga Malaysia dari Kajang,” katanya.
Rafizi berkata demikian bagi memperincikan empat teras yang terkandung dalam “Manifesto Kajang” yang dilancarkan Wan Azizah hari ini di Bilik Gerakan Utama PKR Kajang.
PKR juga mencetak manifesto berkaitan bola sepak dengan aksi Wan Azizah menyepak bola dengan berkain dan berbaju kebarung.
Aksi itu diperhatikan sekumpulan pemain bola sepak yang kelihatan tersenyum.
Dalam sidang media itu, Rafizi (kanan) juga sempat menyindir sinis Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin supaya bersaing dengan pasukan boleh sepak yang akan dibentuk itu.
"Ini menjadi satu perkara yang menarik sebagai contoh, Dr Wan Azizah mahu mengetuai pasukan bola sepak.
Manifesto juga menggariskan pembangunan anak muda dan usahawan kecil, menangani masalah kesesakan lalu lintas, membanteras jenayah, meningkatkan keselamatan dan pembangunan serta penyenggaraan perbandaran.
Menurut Rafizi, manifesto itu dicetak 80,000 keping berbentuk poskad untuk diedarkan kepada pengundi, khususnya golongan muda
*Sebelum ini Pakatan Rakyat telah menghantar hampir 200 pemain bolasepak dari setiap DUN/PARLIMEN yang mereka menang ke MANCHESTER UNITED untuk berlatih dan bakal menggegarkan dunia bolasepak tanahair dan dunia - sumber aku mimpi..hahaha
No comments:
Post a Comment