Pakar penerbangan moden sendiri keliru & tidak mengerti dengan misteri yang menimpa pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) sehingga ke hari ini setelah banyak teori dan usaha mencari masih menemui jalan buntu.
Namun, di saat pelbagai usaha yang diambil untuk menyelesaikan insiden pesawat MH370, terjadi pula perkara yang tidak sepatutnya berlaku pada kakitangan MAS di Beijing, China.
Waris dan keluarga penumpang dilihat menjadikan kakitangan MAS sebagai tempat untuk melepaskan tekanan. Alangkah biadabnya mereka!
Ketika sesi mesyuarat diadakan antara dengan pegawai kedutaan China dan keluarga penumpang semalam, sekurang-kurangnya tiga botol air mineral dilempar ke arah kakitangan MAS diikuti teriakan meminta penjelasan dan perkembangan terkini usaha SAR yang sedang dijalankan.
Jika kapal dan pesawat daripada 9 buah negara yang dikerah menjalankan usaha mencari pun masih menemui jalan buntu, bagaimana mungkin jawapan jitu diberikan petugas MAS kepada mereka?
Inilah asam garam dalam dunia perhubungan awam dan sudah tentu kakitangan MAS yang terlibat terpaksa menerima balingan botol tersebut dengan hati yang paksa rela.
Keluarga penumpang MH370 di China diberikan penginapan dan makanan percuma oleh MAS di Hotel Metropark Lido di samping membenarkan dua anggota keluarga bagi setiap penumpang diterbangkan ke Kuala Lumpur pada bila-bila masa jika perlu.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang dari radar jam 2.40 pagi Sabtu lalu hingga ke saat ini, membawa 239 penumpang dan anak kapal dengan 153 daripadanya warga China. – MYNEWSHUB
No comments:
Post a Comment