Friday, 14 March 2014

#PRKKajang : PENIAGA PASAR MALAM SUNGAI SEKAMAT DIDALAM DILEMA,SELEPAS PERNIAGAAN MEREKA DIARAHKAN TUTUP OLEH MPKj @drnovandri @azwanbro @Khairykj @apterkini @cq_rain @tun_faisal





Semasa program 'walkabout' Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Sungai Sekamat petang semalam,rombongan kami dikejutkan dengan peniaga-peniaga pasar malam disitu apabila mereka diarahkan menutup perniagaan mereka.

Mereka diarahkan supaya tidak lagi berniaga disitu oleh Majlis Perbandaran Kajang di bawah naungan kerajaan yang ditadbir PKR.

Mereka meluahkan rasa kecewa apabila sumber rezeki mereka seolah-olah ditutup.

Surat notis yang diteima oleh para peniaga di Pasar Malam Sungai Sekamat baru-baru ini.




Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mendesak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk menimbang kembali hasrat menutup Pasar Malam Kampung Sungai Sekamat yang dikhuatiri bakal menjejaskan pendapatan kalangan peniaga setempat. 
Khairul Azwan Harun
Naib KetuaPemudaUMNO Malaysia

Khairul Azwan yang ditemui di Kajang sempena Pilihanraya Kecil Dun ini mendakwa alasan yang diberikan MPKj untuk menutup pasar malam tersebut dianggap tidak relevan terutama apabila menimbangkan keperluan penduduk setempat dan peniaga.
“MPKj perlu menyediakan lokasi lebih baik untuk menggantikan tapak pasar malam sedia ada. Tindakan MPKj yang mengarahkan penutupan pasar malam tanpa melalui perbincangan dengan kumpulan peniaga merupakan ketidakadilan terhadap mereka. Dan Pemuda UMNO memandang serius perkara ini. 
“Kita akan cuba berbincang dengan pihak MPKj agar penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak dapat dicapai. Lebih-lebih lagi golongan peniaga ini sebilangan besarnya adalah kalangan peniaga Melayu.” 
Arahan mengenai penutupan tapak pasar malam tersebut diterima penganjur pasar malam, baru-baru. 
Namun penganjur memaklumkan bahawa tiada sebarang kata putus pun dicapai antara MPKj dan kumpulan peniaga pasar malam itu mengenai hal tersebut sebelum ini.

Dikhabarkan sebelum kedatangan Khairul Azwan Harun,Wan Azizah juga telah pergi ke pasar malam ntuk berkempen,malangnya sehingga ke saat ini beliau tidak menyatakan apa-apa kepada peniaga.

Kalau nak cakap pihak pakatan rakyat tidak tahu,tipulah sebab mereka yang keluarkan notis itu,dan ketika Khairul Azwan menerima surat itu,wartawan Malaysiakini turut berada di belakangnya.

Tapi...ada keluar berita dorang ke????

No comments:

Post a Comment