Wednesday, 12 March 2014
PENANG BAKAL MENYAMBUT PARTI SONGSANG SEKS BEBAS
Satu pesta meraikan kumpulan #seks songsang ‘#lesbian, #gay, #bisexual, #transgender’ (LGBT) akan dan bakal diadakan di Pulau Pinang pada 29 Mac ini berdasarkan poster yang diupload di internet baru-baru ini
Acara tersebut dipercayai dianjurkan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Rainbow Connection dan Penang Freedom to Love bagi tujuan mengumpulkan para pengamal #seks songsang serta beraktiviti bersama-sama dalam satu parti pada waktu malam 29 Mac ini.
Bagi menyertai pesta berkenaan, para peserta dikenakan bayaran RM45 untuk menyertai aktiviti bengkel dan parti.
Parti LGBT ini akan diadakan di 1926 Heritage Hotel, 227 Jalan Burma. Bengkel pula akan diadakan di Yard Cafe, Jalan Masjid Kapitan Keling.
Antara aktiviti² yang akan dijalankan ialah penyampaian mengenai ‘Rainbow Rights’ oleh Guilio Jackson, pameran gambar, pelancaran ‘I am you, be a trans ally’, persembahan dan tarian.
Selain itu, poster pesta LGBT itu turut mengandungi maklumat mengenai tempat, anjuran, harga pendaftaran dan pautan untuk pendaftaran.
Laman Facebook Pink Dot Singapura juga turut mewar-warkan acara yang sama dengan memuatnaik pautan poster itu.
Pink Dot merupakan sebuah gerakan LGBT di Singapura yang sentiasa mengadakan acara tahunan untuk mempromosikan kebebasan saling mencintai tanpa mengira orientasi #seksual mereka, bebas untuk kasih sayang dan disayangi.
Pada tahun 2013, acara ini diadakan secara besar-besaran di Singapura dengan tujuan menyeru persamaan hak bagi komuniti LGBT supaya hubungan sesama jenis masih dianggap tidak melanggar hukum.
Menurut laman web pinkdot.sg, pada tahun 2012 mereka telah menyiarkan sebuah video berjudul “Someday” yang mengisahkan impian mereka di masa hadapan dengan harapan tidak wujud lagi diskriminasi gender dan orientasi #seksual.
Video yang diarahkan oleh Boo Junfeng itu turut membayangkan masa depan LGBT yang mahukan masyarakat secara terbuka dapat meraikan kepelbagaian, kebebasan mereka untuk hidup bebas. - My Massa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment