Thursday, 21 November 2013

Zed Zaidi Hilang Jawatan


Keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal menyebabkan Zed Zaidi bukan lagi presiden persatuan tersebut.



Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Mesyuarat Agung diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).

Rosilah turut merintah agar kos perbicaraan RM 60,000 dibayar kepada Seniman dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga hingga kelapan. Kesemua defendan tersebut juga perlu membayar kos ganti rugi khas RM 56,000 kepada plaintif.

Dalam saman yang difailkan pada 25 Januari lalu, plaintif iaitu Abu Bakar, Sahlak Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sonny Abdullah) menamakan Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir defendan pertama hingga empat.Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) turut disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan.

Pihak defendan diwakili peguam Mohd. Yusni Yussof, Suhaimi Saad dan Zahrin Ishak. Menurut pernyataan tuntutan, defendan kedua, ketiga dan keempat merupakan Presiden, Setiausaha, Bendahari Seniman bagi sesi 2009/2012 sementara defendan kelima ketika itu Pemangku Timbalan Presiden manakala defendan keenam pula, salah seorang ahli jawatankuasa persatuan

Kata Pak Tua:Rileks brade brade rileks...hehe

No comments:

Post a Comment