Thursday 21 November 2013

Kenaikan Tariff Cukai Pintu-Nurul Izzah,Tian Chua antara yang bersetuju @TengkuAdnanReal

Pertemuan hari ini merupakan pertemuan tertutup kali kedua diadakan di antara Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, YB Tengku Adnan Bin Tengku Mansor bersama-sama Wakil Rakyat seluruh Wilayah Persekutuan.

Antara yang hadir Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Seputeh Teressa kok dan yang boleh dijangka gagal hadir
ialah Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, Wakil Rakyat Bandar Tun Razak.





Isu utama yang dibentangkan dan diperbincangkan adalah kenaikan tarif cukai pintu seperti yang diterim dan dipertikaikan sebelum ini.

Untuk makluman, ini adalah kali pertama cukai pintu dinaikkan sejak 21 tahun yang lalu.

Jika tertera jumlah pada bil cukai pintu berjumlah tinggi, contoh RM11,000. Itu adalah kadar nilai hartanah tempat tersebut.

Berikut jenis-jenis tempat dan % seperti dinyatakan semasa penerangan.

Premis komersial & perdagangan : 12%
Pangsapuri : 7%
Kediaman : 6%
Tanah kosong : 5%
Kampung baru : 2%

Dan lain-lain ada lagi.

Bagaimana pula nak tahu jumlah bayaran dari harga hartanah tersebut ialah dengan mendarabkan %

Contoh kiraan KEDIAMAN :
RM11,000 x 6 ÷ 100 = RM660 cukai tanah utk tempoh setahun.

Itu hanya sedikit contoh untuk rujukan. Tapi penduduk boleh membuat bantahan bertulis kpd pihak DBKL sehingga 17 Dis 2013 ini.

Kebanyakan Wakil Rakyat (termasuk dari parti Pembangkang) yang hadir bersetuju ianya dilaksanakan oleh DBKL.

Bagaimanapun YB Menteri berpandangan untuk mengurangkan beban rakyat dengan mengunakan kuasa beliau bagi diskaun tertentu.


KataPakTua: hihi..melalak pulak macai lepas ni..apa yang nak dispinkan pulak..

No comments:

Post a Comment