Header Ads

Breaking News

Kursus Kahwin PERCUMA untuk BELIA KEDAH

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir dalam Bajet Kedah 2014 umum insentif kursus perkahwinan percuma kepada golongan muda yang ingin mendirikan rumah tangga oleh kerajaan negeri mendapat sambutan orang ramai.  



Ramai berpendapat kerajaan negeri peka dengan masalah bakal pengantin hari ini terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.

Siti Norsyazana Zainal, 22, dari Batu 17, Jalan Naka, mengucapkan terima kasih  di atas pengumuman insentif yang sedikit sebanyak meringankan bebannya.
Dia yang bakal bertunang menganggap pengumuman itu sebagai hadiah kepada bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga.
Harga untuk menghadiri kursus perkahwinan pada masa sekarang ialah RM80, tetapi bagi yang berpendapatan rendah ia satu jumlah yang agak membebankan

No comments